TSG terbit buku sambut ulangtahun

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

TELUK BAHANG – Bersempena sambutan ulang tahun ke-10, ikon eko-pelancongan di sini, Tropical Spice Garden (TSG) menerbitkan sebuah buku berjudul Tropical Spice Garden: Asia’s Hidden Eden bagi mengetengahkan keunikan serta sejarah semulajadi negeri ini baru-baru ini

Pengarah TSG, Katherine Khoo berkata, TSG kini merupakan salah sebuah destinasi dan produk pelancongan bertaraf ekopelancongan.

“Usaha-usaha berterusan yang dilakukan adalah berbaloi apabila melihat TSG kini berjaya muncul sebagai salah satu destinasi tarikan pengunjung ke Teluk Bahang.

“Terima kasih Kerajaan Negeri di atas sokongan berterusan yang diberikan terutamanya dalam sektor eko – pelancongan sehingga menjadikan TSG tarikan di peringkat antarabangsa,’’ katanya pada Majlis Ulang Tahun Ke-10 di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng hadir pada majlis tersebut sebagai jemputan kehormat. Turut hadir, Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan, Law Heng Kiang.

Dalam pada itu, Katherine memberitahu bahawa penerbitan buku tersebut juga merupakan penghormatan kepada sejarah Pulau Pinang yang dahulunya terkenal dengan perdagangan rempah.