GEORGE TOWN – Siasatan kes tiga polis yang didakwa me rogol g adis warga Indonesia baru-baru ini wajar d i percepatkan demi memulihara imej integriti Polis Diraja Malaysa (PDRM) selain hubungan diplomatik membabitkan Kuala Lumpur dan Jakarta.
Ekoran itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) wajar ditubuhkan demi memelihara hak kemanusiaan, baik warganegara mahupun warga asing.
“Tubuh IPCMC supaya ada satu saluran yang membolehkan si mangsa ini dapat buat aduan untuk tindakan cepat,” ujar beliau di Konsulat Indonesia, Jalan Burma, di sini, iaitu tempat perlindungan sementara mangsa berusia 25 tahun tersebut.
Bercakap dengan pemangku Konsul Besar Indonesia, Sofiana Mufidah, beliau berkata, Kerajaan Negeri akan berusaha memberi pertolongan, termasuk dari segi perundangan.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri turut akan m e n y a m p a i k a n m e s e j kemanusiaan secara khusus kepada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd. Rahim Hanafi.
Sofiana dalam reaksi spontan melahirkan harapan bahawa pihak berwajib dapat memperbaiki hubungan dua hala ekoran insiden tersebut.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) turut serta dalam delegasi Kerajaan Negeri tersebut.
Terdahulu , mangsa yang merupakan pelayan kedaimakan mengaku dirogol oleh tiga anggota polis di Balai Polis Perai, Seberang Perai Tengah di sini.
Lanjutan itu , beliau membuat aduan serta merayu untuk pulang ke negaranya.
Abd. Rahim dalam reaksi spontan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang sekiranya dakwaan itu benar.
Katanya lagi, ketiga-tiga suspek masih direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.