Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF
GEORGE TOWN – Faktor tunggakan merupakan masalah utama dalam ‘menghalang’ usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) menyelenggara rancangan perumahan sedia ada apabila ia mencatatkan jumlah hampir RM12 juta sejak tahun 2005 hingga Julai lalu.
Selain itu, jumlah sewa dan penyelenggaraan tertunggak bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) pula mencecah hampir RM4 juta bagi tempoh masa sama.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow berkata, jumlah tersebut meningkat saban tahun dan beberapa
alternatif telah dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah berbangkit.
“Pada tahun 2008, satu unit penguatkuasaan khas diwujudkan untuk menjalankan tugas kutipan tunggakan terhadap penduduk yang
gagal membayar sewa dan yuran penyelenggaraan.
“ L a z i m n y a , b a y a r a n penyelenggaraan secara berkala adalah diperlukan bagi membolehkan PBT melakukan kerja-kerja pembersihan dengan melantik kontraktor pembersihan di kawasan-kawasan perumahan tertentu.
“Pada tahun ini, Kerajaan Negeri meluluskan sejumlah RM18 juta untuk melaksanakan 60 kerja penambahbaikan dan kerja-kerja
menaiktaraf rancangan perumahan di sini,” ujarnya pada Forum Perundingan Kerajaan Tempatan di sini baru-baru ini.
Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Maimunah Mohd. Sharif, Setiausaha Perbandaran MPSP, Rozali Mohamud, Ahli-ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ahli-ahli Majlis MPSP, ketua-ketua jabatan dan badan bukan kerajaan (NGO).
Kon Yeow memberitahu, selain tunggakkan, dua faktor lain adalah sikap vandalisme dan usia bangunan.