Tunku Temenggong Kedah berkenan berbuka puasa bersama Rejimen 509 Askar Wataniah

GEORGE TOWN – Y.T.M. Tunku Temenggong Kedah, Brigadier Jeneral Dato’ Sri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa di Kem Rejimen 509 Askar Wataniah dekat Lebuhraya Peel, di sini.

Keberangkatan tiba Tunku Temenggong Kedah yang juga Komander Rejimen 509 Askar Wataniah (AW) Pulau Pinang disambut dan diiringi oleh Timbalan Komander Rejimen 509 AW, Leftenan Kolonel Hizral Kamal Othman Kamal; Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Pulau Pinang, Mejar (K) Tan Sri Dato’ Seri Dato’ Paduka Prof. Dr. Fng Ah Seng; Leftenan Kolonel (K) Datuk Yaacob Md. Saad; Mejar (K) Prof Ts Chang Kah Loon dan Sarjan Mejar Rejimen, PW I Jahnudin Aminudin.


Pada majlis tersebut juga, Tunku Temenggong Kedah turut berkenan mengurniakan pemberian saguhati kepada peserta Tadarus Al-Quran Rejimen 509 AW sebelum berangkat pulang.

Antara juadah istimewa yang disediakan adalah ayam goreng berempah dan daging masak lemak. Majlis diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang menerangi ruang langit kem tersebut.

Oleh: NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar: LAW SUUN TING