TYT meriahkan Majlis Makan Amal Sulaman Kasih Jubli Emas SMKDHMNA

Admin

BATU UBAN – Yang di-Pertua Negeri (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas hadir memeriahkan Majlis Makan Amal Sulaman Kasih Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Mohamed Nor Ahmad (SMKDHMNA), di sini, semalam.

 

Majlis yang diadakan sempena ulang tahun ke-50 sekolah berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Luar Negeri, Senator Datuk Marzuki Yahya dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh.

 

Selain jamuan teh, sambutan julung kali tersebut turut diserikan dengan deklamasi puisi oleh guru sekolah berkenaan, persembahan pelajar dan penyampaian Sijil Graduasi Pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

 

Sekolah ini dibina pada tahun 1968 dan dikenali sebagai Glugor Secondary School, dan pada tahun 1979 ia telah ditukar nama kepada SMKDHMNA selaras dengan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar di sekolah.

 

Penganjuran Majlis Makan Amal Sulaman Kasih berkenaan diadakan bertujuan mengutip dana PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) untuk menampung keperluan sekolah kea rah meningkatkan prasarana dan kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.