PADANG KOTA – Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memulakan penggunaan 30 kenderaan motosikal elektrik pintar jenama Blue Shark bagi Unit Tempat Letak Kereta.
Menurut Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jason H’ng Mooi Lye, motosikal pintar yang menggunka sistem Arkide OS itu mampu mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 3,500 kilogram (kg) setahun.
“Jumlah itu bersamaan 90 peratus pelepasan karbon dioksida bagi motosikal konvensional dengan enjin 150cc.
“Jadi langkah ini bukah sahaja menyokong usaha kelestarian alam sekitar tetapi juga menjadi contoh terbaik dalam penggunaan teknologi hijau.
“Sebagai langkah permulaan, jabatan akan melaksanakan penggunaan motosikal elektrik ini bagi Unit Tempat Letak Kereta dan akan diperluas kepada semu bahagian operasi jabatan pada masa akan datang,” ujarnya pada Majlis Pelancaraan Penggunaan Motosikal Elektrik Pintar dekat Dewan Bandaraya MBPP Padang Kota pagi tadi.
Hadir sama, Datuk Bandar MBPP, Dato’ Ir. A. Rajendran; Setiausaha MBPP, Sr. Cheong Chee Hong dan Ahli-ahli Majlis.
Mooi Lye yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi menyatakan bahawa berkesanan penggunaan motosikal elektrik tersebut akan terus dipantau melalui sistem papan pemuka.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan MBPP komited terhadap kelestarian dan menyokong usaha ke arah negara rendah karbon melalui penggunaan teknologi hijau serta amalan mesra alam,” katanya.
Dalam pada itu, Rajendran ketika bercakap kepada pemberita memberitahu bahawa setakat ini kira-kira 13.3 peratus daripada kenderaan MBPP sudah ditukar kepada jenis elektrik.
“Saya percaya lambat laun kita akan capai 100 penggunaan kenderaan elektrik di MBPP, justeru kita perlu ambil tindakan dari sekarang sama ada motosikal atau kenderaan lain,” katanya lagi.
Difahamkan, motosikal elektrik tersebut menggunakan konsep sewaan daripada syarikat bagi mengurangkan kos penyelenggaraan.
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD