Usahawan makanan diseru jaga status No. 1

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

BAYAN BARU – Ketua Menteri, Pulau Pinang Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng menggesa para pengusaha berasaskan makanan supaya menjaga kualiti pengeluaran masing-masing ekoran pengiktirafan negeri sebagai Top Culinary Hotspot in the World for 2 0 1 4 o l e h p e n e r b i t p a n d u a n pelancongan terkenal dunia, Lonely Planet baru-baru ini.

Pengiktirafan dilaporkan surat khabar harian British, The Independent tersebut menyatakan bahawa Pulau Pinang berjaya mengatasi Victoria di Australia, North West Spain, bahagian dalaman selatan di Amerika Syarikat, Lake District, United Kingdom, Puglia, Itali dan Georgia serta Oaxaca, Mexico dalam kategori berkenaan.

“Pulau Pinang baru-baru ini telah dikenal pasti sebagai salah satu jaguh makanan terkenal di dunia oleh Lonely Planet, oleh itu, saya menyeru para peniaga supaya dapat menjaga kualiti yang kita usahakan selain rasa yang sedap.

“Seruan tersebut adalah bertepatan dengan majlis ini yang mana kebanyakan para penerima adalah bergiat dalam bidang perniagaan berasaskan makanan,” ujarnya pada Majlis Penyampaian Pinjaman Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR) di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, seramai 35 penerima sumbangan pinjaman diraikan.

PTSR yang diasaskan sejak tahun 2009 bertujuan menolong usahawanusahawan kecil memperkembangkan perniagaan masing-masing.

Ekoran sambutan menggalakkan, dana pinjaman telah ditingkatkan kepada RM10,000 daripada jumlah asal, RM5,000 maksimum.

Sehingga tahun ini, seramai 1,673 orang telah dibantu melalui skim tanpa cagaran dan sebanyak RM7 juta telah dibelanjakan bagi pelaksanaan skim berkenaan.

Bagi usahawan kerepek, Che Faridah Wahab, 41, beliau mengucapkan terima kasih kepada PDC dan Kerajaan Negeri kerana memberi peluang kepadanya.

“Saya akan gunakan pinjaman ini untuk pusingan modal perniagaan kerepek, kacang dan makanan ringan lain selain menambah stok sedia ada,’’ ujarnya yang berniaga di Kompleks Bukit Jambul di sini.

Bagi peniaga kedai telekomunikasi, Loo Soak Cheng, 30-an, yang mengetahui tentang program berkenaan menerusi rakannya menyatakan bahawa beliau berhasrat menambah stok dan aksesori di premisnya.

 Nada sama turut disuarakan pengusaha spa dan pusat kecantikan, Zaharin Osman, 47, yang menyifatkan langkah Kerajaan Negeri meningkatkan amaun pinjaman dari RM5,000 kepada  RM10,000 sebagai langkah positif dan  memberi galakan kepada pengusaha-pengusaha kecil sepertinya.

“Saya akan gunakan pinjaman ini untuk menaiktaraf spa saya di D’ Piazza Mall, Bayan Baru dan bagi bayaran balik, saya akan bayar seminggu RM200. Ini tidak membebankan memandangkan ianya tidak mepunyai ‘bunga’ pinjaman,’’ jelas Zaharin.