Usul lantikan Ahli Lembaga Rayuan Enakmen 16 diluluskan tanpa bahas

Admin
whatsapp image 2024 05 30 at 17.06.19

GEORGE TOWN – Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini meluluskan usul pelantikan Ahli-Ahli Lembaga Rayuan di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16].

 

Memandangkan usul tersebut adalah untuk pelantikan mengganti Ahli-Ahli Lembaga yang lalu, maka Yang diPertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Law Choo Kiang membuat penetapan supaya usul tersebut tidak perlu dibahaskan.

 

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo mengemukakan usul itu pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas.

 

Usul bagi tujuan formaliti itu dipersetujui dan disokong oleh ADUN Padang Lalang, Daniel Gooi Zi Sen, tanpa dibahas.

 

Difahamkan, lantikan Ahli-Ahli Lembaga Rayuan tersebut adalah bagi tempoh tiga tahun mulai 1 Jun 2024 hingga 31 Mei 2024.

 

Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Rayuan yang dilantik : 

  • Dato’ Baldev Singh a/l Gurchan Singh – Pengerusi
  • Dato’ Abdul Fareed bin Abdul Gafoor – Timbalan
  • Harinder Singh a/l Malkit Singh – Ahli Lembaga
  • Carolyn Og Li Lin – Ahli Lembaga
  • Dato’ Nagarethinam a/l Rengasamy Pillay – Ahli Lembaga
  • Regina Amalorpava Mary a/p Aboorvasamy – Ahli Lembaga

 

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD