Veteran MyWIRA bantu pesara ATM dapat peluang pekerjaan

Admin
199b771f 57f6 4953 8e0f 2b828ee81114

PANTAI JEREJAK – Kementerian Sumber Manusia (KSM) memperkenalkan projek perintis dikenali sebagai Program Veteran MyWIRA yang menyediakan 500 peluang pekerjaan berkualiti kepada pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 

 

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, antara matlamat utama projek tersebut adalah memacu sosio ekonomi pesara ATM dengan gaji yang lumayan dan munasabah.

 

 

 

“Inisiatif ini digerakkan oleh KSM melalui kerjasama rentas bersama Kementerian Pertahanan Malaysia; Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

 

“Sebagai projek perintis kita ucapkan terima kasih kepada syarikat Micron Semiconductor yang sudi menjadi syarikat pertama dalam menyediakan 25 peluang padanan pekerjaan kepada veteran ATM dengan permulaan gaji RM2,900 hingga RM4,200.

 

“TalentCorp dalam pada itu turut menyediakan sistem MyNext sebagai pangkalan data pintar berfungsi memadankan peluang pekerjaan yang sesuai untuk merangka latihan dan sebagainya dalam memastikan persaraan mereka ini sesuatu yang bermaruah setelah berbakti kepada negara,” ujar Chee Keong pada Majlis Pelancaran Program Veteran MyWIRA di SPICE Convention Centre di sini semalam.

81b27d15 e8b4 417e ac31 efd7353e457c

 

 

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew; ketua-ketua agensi terlibat dan para veteran ATM.

 

Jelas Adly, daripada data PERHEBAT, 19,000 orang telah kita hubungi, kita dapati 3,000 hingga 5,000 pesara masih belum bekerja.

 

 

“Rata-ratanya adalah lingkungan 32 hingga 40 tahun dan berhenti dengan skim tidak berpencen,” katanya.

 

 

cc9e6fb7 c4a9 4d4d adcb 085b71a71b79

Difahamkan projek ini akan memperhebatkan lagi usaha sama dengan syarikat-syarikat swasta dalam menempatkan veteran-veteran ini dalam pelbagai sektor pekerjaan selepas bersara.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD