Wai Fong pemenang pertandingan fotografi flotila MBPP

GEORGE TOWN – Fong Wai Fong dinobatkan sebagai juara Pertandingan Fotografi Flotila yang berlangsung pada tempoh 2 Ogos hingga 22 Ogos lalu di sini.

Kejuaraan tersebut membolehkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.

Pengarah Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Mohamed Akbar Mustapha berkata, penganjuran tersebut adalah hasil kerjasama antara pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan dan Pertubuhan Senifoto Pulau Pinang.

“Kita (MBPP ) menerima sebanyak 30 penyertaan sepanjang tempoh penganjurannya dan telah membuat saringan bagi menobatkan pemenang.

“Hadiah-hadiah berbentuk wang tunai untuk pertandingan ini adalah hasil sumbangan IJM Land Berhad (pemaju),” katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi Flotila di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut disempurnakan, Pengurus Kanan Pembangunan Tanah, IJM Land Berhad, Fong Choon Fuoi.

Hadir sama, Pengarah Khidmat Kemasyarakatan MBPP, Rashidah Jalaludin.

Tempat kedua dimenangi oleh Tan Chen Weng yang membawa pulang wang tunai RM800 dan ketiga, Ho Cheng Won (RM 500).

Lima pemenang saguhati turut dipilih iaitu, Chua Boon Keat, Chee Eng Beng, Tan Chen Weng (dua hadiah) dan Yeap Chong Won yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM100.

Sebelum itu, MBPP berjaya mengekalkan gelaran juara buat dua tahun berturut-turut bagi Anugerah Bot Paling Popular sempena penganjuran Magic Of The Night 2015 di Putrajaya pada 28 hingga 31 Mei lalu.

Pemenang peraduan adalah dipilih berdasarkan jumlah ‘like’ terbanyak di laman FB. Flotila Pulau Pinang adalah bertemakan Colours of Harmony.