GEORGE TOWN – Wan Nor Sakina Saad mengangkat mengangkat sumpah jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang yang baharu berkuat kuasa 1 Januari 2025.
Upacara lafaz ikrar sumpah setia jawatan dan kerahsiaan disempurnakan di hadapan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dekat Komtar di sini sebentar tadi.
Turut menyaksikan ialah Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid; barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco); Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Zulkifli Long; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zabidah Safar dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri, Mohd. Balkish Othman.
Difahamkan, pelantikan Wan Nor Sakina ke jawatan tersebut adalah bagi menggantikan Dato’ Roslinda Mohd. Shafie yang telah bersara wajib pada 31 Disember 2024.
Sebelum ini, Wan Nor Sakina merupakan mantan Penasihat Undang-Undang di Kementerian Pendidikan dan pernah berkhidmat di bawah Unit Jenayah Transnasional, Kementerian Luar Negeri.
Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : ALISSALA THIAN