Warga emas bujang dan pesakit kanser Barat Daya terima sumbangan PUSPANITA

Admin

SUMBANGAN RAMADAN… Sempena Ramadan 2023 memasuki hari ketiga, Pertubuhan PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada warga emas bujang dan pesakit-pesakit kanser di Daerah Barat Daya.

 

 

Sumbangan 50 bungkusan barangan kepeluan harian berupa beras, minyak masak, gula, tepung gandum, biskut dan sardin  disampaikan melalui Penaung PUSPANITA Negeri Pulau Pinang, Puan Tan Lean Kee yang juga isteri kepada Ketua Menteri menerusi Mutiara Food Bank.

 

 

“Oleh itu, dengan sumbangan ini, sekurang-kurangnya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan mereka.

 

 

“Saya berharap PUSPANITA Cawangan Pulau Pinang akan terus menganjurkan aktiviti-aktiviti murni ini agar pelbagai golongan yang kurang berkemampuan dapat kita bantu sebanyak mungkin pada masa hadapan,” ujar Lean Kee ketika merasmikan Program Prihatin PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang Siri 1 Tahun 2023 di bangunan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)di sini hari ini.

 

 

Hadir sama, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang, Datin Zuraida Dahari; Pengerusi Biro Kebajikan Dan Sosial PUSPANITA Cawangan Negeri Pulau Pinang, Datin Shaferrihaiza Shah Budin dan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Mutiara Food Bank, Jasniza Jamaluddin.