Gambar : LAW SUUN TING
WARISAN SENI… Penganjuran acara tahunan, Pesta Chingay yang berlangsung di Padang Kota Lama di sini baru-baru ini berjaya menarik kira-kira 8,000 pengunjung pelbagai latar belakang dari dalam dan juga luar negara.
Sebanyak 25 pasukan menyertai perarakan dan persembahan pada malam penganjuran. Selain pasukan Chingay, turut dipersembahkan adalah tarian singa dan tarian naga.
Malah, para pengunjung turut dihiburkan dengan tarian kebudayaan dan persembahan pancaragam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC ) Kheng Tean.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang hadir merasmikan Pesta Chingay Parade menyatakan bahawa seni Chingay di Pulau Pinang masih terpelihara dan dapat dinikmati generasi kini.
“Umumnya, Chingay bukan hanya melambangkan warisan budaya indah Pulau Pinang, malah ia perlu diterjemahkan sebagai suatu sukan yang boleh dinikmati oleh semua,’’ ujar beliau.
Hadir sama, Exco Pembangunan Pelancongan, Danny Law Heng Kiang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng.
document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);