Waspada ancaman denggi walaupun kes catat penurunan

5d7e032b ac25 4268 934a 074c2e88fa4d

GEORGE TOWN – Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen mengingatkan orang ramai agar terus berwaspada terhadap acaman denggi walapun kes mencatatkan penurunan pada mingga ke-49.

 

Katanya, minggu ke-49 kes demam denggi mencatatkan penurunan kepada 39 kes berbanding minggu sebelumnya (44 kes).

 

“Jumlah kumulatif kes setakat minggu ke-49 juga mencatatkan penurunan berbanding tempoh sama tahun lalu walaupun terdapat beberapa faktor yang mampu mempengaruhi pembiakan nyamuk Aedes seperti cuaca hujan.

 

“Beberapa lokaliti yang mencatatkan kes tinggi, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah mengambil langkah sewajarnya seperti semburan kabus (fogging) dan kempen kepada masyarakat awam secara berterusan,” ujarnya ketika dihubungi Buletin Mutiara pag tadi.

08cb3aed c553 47c4 99b9 d779dee3b863

Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak terkecuali melakukan operasi mencari dan memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk di tempat awam.

90655ca9 10c1 4b4d b916 cbc055bdb9d7

Menurut Ahli Majlis MBPP, Tan Soo Siang yang juga Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam MBPP, pihak Majlis turut mengedarkan risalah di kompleks makanan dan pasar awam.

“Langkah-langkah lain yang turut dilaksanakan termasuklah program ‘Cegah Denggi’ di sekolah-sekolah serta hebahan melalui papan iklan elektronik MBPP.

dcaba9f1 eb52 42ab 8ae2 27e9097ea78d

“MBPP juga melakukan semburan kabus bertujuan menghapuskan nyamuk dewasa yang dijangkiti virus denggi dalam memutuskan rantaian jangkitan, manakala ubat jentik-jentik pula dapat menghapuskan larva nyamuk.

“Strategi kawalan ini adalah berdasarkan protokol serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD/MBPP