Wujud komuniti sihat dan mampan, gelanggang bola keranjang Taman Perwira siap dibina

7d2ee0dc 0c60 4099 a91b 1ba1fd646c32

BUKIT TENGAH – Pusat Khidmat Batu Kawan telah memperuntukkan sejumlah RM168,970.50 bagi membina kemudahan rekreasi untuk mewujudkan komuniti yang erat, sihat serta mampan di Taman Perwira.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow memuji barisan kepimpinan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Perwira yang berjaya menjadi perantara Kerajaan Negeri dan rakyat jelata dalam melestarikan Visi Penang2030.

“Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk meningkatkan daya huni dan memperbaiki kualiti hidup penduduk.

ba297876 47f1 4e73 996e f3941bc7fc31“Jadi, atas permintaan Pengerusi MPKK Perwira, Ong Huai Hooi, saya bersetuju untuk menimbang jika ada permohonan bagi membina bumbung gelanggang bola keranjang di Taman Perwira.

“Peruntukan dari Ahli Parlimen Batu Kawan dan Pejabat Ketua Menteri diluluskan, oleh itu adalah diharap dalam tempoh satu tahun lagi (saya) boleh datang semula untuk merasmikan projek pemasangan bumbung pula.

“Diharapkan juga kemudahan ini digunakan dan dipelihara dengan baik oleh penduduk setempat untuk menjalani aktiviti kemasyarakatan dan rekreasi,” jelasnya semasa berucap pada Majlis Perasmian Gelanggang Bola Keranjang dan Perasmian Pasukan Tarian Singa di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung; Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee; Pengarah Pusat Khidmat Parlimen Batu Kawan, Ewe Chee Way dan Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Rachel Teh Chuann Yien.

92b50e5e 9aaf 49b9 aeed bd4a5c65fed0Sementara itu, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi berkata bahawa penubuhan pasukan tarian singa telah memberi kesempatan kepada golongan belia dan beliawanis beraktiviti sihat.

“Pasukan Tarian Singa MPKK Perwira yang telah ditubuhkan merupakan satu usaha untuk memelihara serta memartabatkan tradisi kebudayaan.

 

d012ad2e 25b1 4702 953a fbb98d65f23a“Secara tidak langsung, penglibatan seperti ini memberi kesempatan kepada orang golongan belia dan beliawanis untuk mengambil bahagian dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang, maka diharapkan pasukan ini akan lebih mantap pada masa akan datang dengan diterajui oleh barisan jurulatih yang berpengalaman,” ujarnya sambil menyatakan bahawa usaha tersebut juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan seiring dengan usaha gigih.

Dalam perkembangan berkaitan, Kon Yeow turut menyatakan bahawa projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua dijangka bakal dilaksanakan tahun ini.

958880e8 ed0d 49a7 97af bd730cf9d317“Saya menjadi seorang pemimpin politik yang bertuah kerana ada Perdana Menteri (Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim) yang memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri yang diterajui oleh (saya) dengan meluluskan banyak projek yang dapat menangani isu-isu seperti kesesakan lalu lintas, bekalan air, tebatan banjir, peluang pekerjaan dan banyak lagi demi menambahkan kelestarian dan mengembangkan mutu kehidupan rakyat.

“Di samping itu, beliau turut menegaskan bahawa projek Lebuhraya Bertingkat Juru-Sungai Dua akan mula dilaksanakan tahun ini dan dimulakan dengan kerja-kerja kajian dan reka bentuk terlebih dahulu.

“Maka, saya percaya projek berkenaan dapat menangani isu kesesakan yang semakin meruncing khususnya pada waktu puncak,” jelasnya yang juga ADUN Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR