Zakat MAINPP salur Skim Nur Ramadan RM4,248,900 juta

Admin
397d8ad2 3e8e 49e7 9aa8 809643a2f203

SEBERANG JAYA – Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) mengagihkan sejumlah RM4,248,900 juta menerusi Skim Nur Ramadan kepada golongan asnaf di negeri ini sempena bulan Ramadan.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid,  jumlah itu melibatkan sumbangan tunai sebanyak RM2.75 juta kepada 3,937 penerima manakala RM1.5 juta lagi berbentuk hamper kepada 15,000 penerima.

7433aa3d 456c 45ad 9b4f 6dc1f0b50add
“Bagi sumbangan tunai, penerima mendapat RM700 seorang yang mana RM300 diberikan secara tunai pada hari ini (5 Mac) manakala baki RM400 lagi akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.

“Penerima hamper pula menerima RM100 berbentuk baucar dan boleh ditebus di mana-mana pasar raya berdaftar dengan Zakat MAINPP.

23ac0244 1478 4263 8d9d 21305db671b2

“Skim ini kita laksanakan sebagai usaha meringankan beban golongan asnaf, fakir dan golongan kurang bernasib baik dalam meraikan kemeriahan Ramadan tahun ini,” ujar beliau pada Majlis Agihan Skim Nur Ramadan di Dewan Wisma Al-Ansar Masjid Seberanf Jaya, semalam.

Turut hadir, Setiausaha MAINPP, Dato’ Rosidi Hussain dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, Mohamad Khairi Gazalli.

Difahamkan, bagi majlis berkaitan semalam melibatkan kira-kira 200 orang penerima dari daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD