Zakat MAINPP serah 8,740 peranti tablet kepada 263 buah sekolah

0e56cc85 651b 40c2 b8b0 6445832b260d

PANTAI JEREJAK – Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) melalui Divisyen Projek Khas menyerahkan sebanyak 8,740unit peranti tablet kepada 263 buah sekolah di seluruh Nngeri Pulau Pinang, dengan kos keseluruhan sebanyak RM6,511,300.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I merangkap Yang Dipertua MAINPP, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri itu juga bertujuan memperkukuh ekosistem pembelajaran digital di sekolah- sekolah, terutamanya dalam kalangan pelajar Muslim, agar mereka tidak tercicir dalam arus transformasi pendidikan moden.

e44331a6 7e78 47fd a1d6 d1f75b8208dc

“Usaha ini membuktikan bahawa transformasi negeri tidak hanya tertumpu kepada infrastruktur fizikal, tetapi juga kepada pembangunan minda dan sahsiah rakyat.

“Kita sedar bahawa dunia kini bergerak pantas ke arah digital justeru, kefahaman terhadap teknologi serta keupayaan untuk menyesuaikan diri dengannya amat penting, terutamanya dalam sektor pendidikan.

“Kita mahu pelajar-pelajar kita bukan sahaja celik teknologi, tetapi juga mampu bersaing secara global,” ujarnya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Peranti Tablet Zakat MAINPP kepada Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang dekat sebuah hotel di Bayan Baru, di sini hari ini.

Hadir sama  Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Sukki Othman; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP; Mohamad Kairi Ghazalli dan Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran JPN Pulau Pinang, Mohamad Zawawi Ahmad.

Difahamkan setiap sekolah akan menerima 30 hingga 35 peranti terbabit khas untuk kepada palajar kategori B40.

086f539c fd89 47ba a01e cacc95ad6e55

Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung memaklumkan Masjid Bukit Bendera diberikan tauliah bermula hari ini untuk menjalankan ibadah solat Jumaat.

“Ini secara langsung akan memberikan kemudahan kepada pengunjung yang mengunjungi Bukit Bendera tanpa perlu turun ke bawah.

“Kelulusan ini hasil mesyuarat jawatankuasa MAINPP bersama pihak-pihak berkepentingan yang diadakan sebelum ini,” katanya lagi.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD