Oleh: YAP LEE YING
Gambar: ALISSALA THIAN
SEMANGAT kental, berani dan amanah membuatkan Buletin Mutiara (BM) amat mengangumi anak muda yang kini berkecimpung sepenuh masa di dalam bidang perniagaan cermin dan aluminium.
Memulakan perniagaan tanpa sebarang ‘modal’, Mohd. Rosli Wahab, 29, atau lebih dikenali sebagai Zul kini memiliki sebuah premis milik sendiri dengan bantuan empat kakitangan sepenuh masa di Pasir Gebu, Penaga, Seberang Perai Utara.
“Masa mula-mula buka kedai, semua modal barang ambil dari orang (pembekal) sebab modal berniaga sendiri tidak cukup. Malah, peralatan yang digunakan adalah manual.
“Pada aspek itu, kita kena amanah dengan pemberi ‘modal’,’’ jelasnya ringkas kepada BM di sini baru-baru ini.
Menurut Zul, keyakinan untuk membuka premis perniagaan sendiri adalah atas nekad serta sokongan daripada isterinya, Yuslina Mohd. Yusof, 30, yang turut mempunyai kemahiran dalam bidang berkenaan.
“Setelah lapan tahun makan gaji dengan dua tauke (majikan) di dalam bidang sama, saya bertekad membuka perniagaan sendiri demi keluarga.
“Dalam tempoh setengah tahun mula-mula berniaga, modal yang ada adalah tidak mencukupi untuk membeli bekalan diperlukan.
Justeru, nak beli barang pun ambik dulu dari orang (pembekal) yang saya kenal masa makan gaji dulu,” ujar Zul yang kini dikurniakan tiga cahaya mata.
Selepas tiga tahun, hasil komitmen dan kesungguhannya, permintaan produk Zul bukan hanya meliputi pasaran tempatan, sebaliknya, turut memperoleh perhatian daripada syarikat-syarikat gergasi yang bertapak di negeri sini serta negeri-negeri sempadan.
“Melayan kerenah pelanggan adalah antara cabaran dalam bidang perniagaan.
“Contohnya, dalam satu kes, setelah bertungkus-lumus selama sehari, tiba-tiba, pelanggan terbabit meminta kami menanggalkan semua tingkap, pintu sliding dan siling gantung yang telah siap dipasang disebabkan masalah salah faham pada peringkat awal.
“Kemudian, kami diminta untuk memasang peralatan-peralatan tersebut semula,’’ katanya sambil tersenyum.
Di samping itu, antara cabaran lain yang dihadapi beliau adalah kesukaran dalam mendapatkan bekalan aluminum dengan cermin.
“Saya dan isteri kena banyak ‘berjalan’ bagi mencari pembekal-pembekal bahan-bahan berkenaan. Kini, kami memperolehnya dari pembekal di Perai, Chai Leng Park, Chain Ferry dan bekalan cermin dari Sungai Lokan.
“Selain kemudahan logistik, faktor tiada stok menyebabkan kami terpaksa mengenalpasti beberapa pembekal bagi memenuhi permintaa para pelanggan dari semasa ke semasa,’’ ujar beliau yang turut menekankan bahawa bidang tersebut amat memperuntukan
keperincian dan tahap disiplin yang tinggi.
Ini kerana, sekiranya cermin aluminium tersilap potong sebanyak satu inci, ia tidak lagi boleh digunakan.
Zul yang hanya menamatkan pembelajaran Tahun 6 tidak menafikan bahawa beliau lebih berminat dalam bidang perniagaan berband ing akademik.
“Selepas tamat sekolah, macam-macam kerja telah saya lakukan, antaranya, bekerja di kilang kayu, kilang besi, berniaga di pasar malam, menjalankan perniagaan kedai runcit, kedai makan dan lainlain,’’ katanya yang berasal dari Lubuk Merbau, Kuala Nerang.
Bagi perancangan masa depan, Zul berharap untuk memperluaskan bidang perniagaannya dengan membuka sebuah lagi cawangan perniagaan di luar kawasan Penaga.
Bagi maklumat lanjut :
Zul Kedai Cermin
& Aluminium
No. 761 Pasir Gebu,
13100 Penaga,
Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.
017 – 454 8695 /
017 – 450 7904